Masjidil Haram

Masjidil Haram
Didalam Masjidil Haram....

Thursday, January 17, 2013

23. JADILAH SEPERTI PADI.....

Salam..
Dikalangan manusia ada yang kurang berilmu...
Ada yang dikategorikan sebagai orang berilmu..
Ada yang menguasai ilmu dunia..
Ada yang menguasai ilmu agama..
Dan tak kurang juga yang dapat menguasai ilmu dunia dan juga ilmu agama..
Bagaimana banyak ilmu sekali pun...pada seseorang..
Dia tetap mempunyai kelemahan dalam ilmu lain...
Seorang pakar gigi yang banyak ilmu dalam pergigian mungkin tidak mengetahui dengan mendalam ilmu jantung atau ilmu saraf...
Begitu juga seorang pakar bedah jantang mungkin tidak arif dalam kaedah pengunaan ubat bius yang betul..
Hanya pakar bius sahaja yang arif menggunakan dos bius yang sesuai untuk seseorang pesakit..
Begitu jugalah ilmu ilmu yang lain...
Begitu jugalah dalam ilmu agama...
Mungkin seseorang itu pakar dalam ilmu hadith...akan tetapi dia mungkin lemah dalam ilmu akhlak...atau ilmu tasauf
Mungkin seseorang itu bijak dalam pertanian....tetapi kurang arif dalam ilmu perakaunan..
Begitulah keadaan manusia yang mungkin pakar dalam sesuatu bidang....tetapi jahil dalam sesuatu bidang yang lain...
Sebab itulah kita lihat seorang yang digelar doktor atau professor belum tentu dapat menguruskan syarikat miliknya dengan betul sekiranya tanpa bantuan pakar perniagaan...
Orang berilmu kena lebih berjaga jaga...
Orang yang berilmu harus menjaga hati agar jangan tersa ego..
Lebih lebih lagi apabila bergelar doktor...
Lebih lebih lagi apabila sudah bergelar professor..
Lebih lebih lagi apabila sudah bergelar ustaz
Sifat ego ini boleh hinggap pada sesiapa sahaja...
Lebih lebih lagi pada penceramah...
Lebih lebih lagi pada pakar motivasi..
Maklumlah....orang semua suka mendengar cakap kita....
Maklumlah...kita terasa kita tinggi pada oarang lain..
Bila ego telah melekat dalam hati...
Maka kita akan cepat tersinggung...bila ada yang manyanggah pendapat kita...
Kita mula rasa nak melenting...bila yang menanya itu "budak hingusan" sahaja...
Ingatlah...
Allah bukan pandang pada ilmu yang kita ada...
Allah pandang pada hati kita...
Allah pandang pada ketakwaan kita...
Allah pandang pada keikhlasan kita...
Allah pandang pada kerendahan hati kita...
Kan ada peribahasa Melayu...mengatakan
Jadilah ibarat padi...
Semakin tunduk...semakin berisi...
Ilmu yang ada pada kita pun hanya pinjaman dari Allah...
Ingatlah....ia hanya pinjaman sahaja...
Dan boleh diambil balik bila bila masa sahaja...


Wednesday, January 16, 2013

22. ISLAM ITU BUKAN POLITIK SAHAJA...

Salam...

Ramai dikalangan kita beranggapan bahawa politik itu Islam...dan Islam itu politik..
Politik hanyalah sebahagian daripada Islam...
Dan kita tidak boleh menolak politik dalam Islam...
Umpamanya...
Kita tidak boleh kata mesjid itu Islam...
Islam itu mesjid...
Kita hanya boleh katakan mesjid itu adalah sebahagian dalam Islam...
Oleh yang demikian...
Adalah rugi sekiranya seseorang yang terlalu menghabiskan masa berpolitik...
Dalam hidupnya dihabiskan masa hanya untuk berpolitik...
Dikedai kopi....cerita politik
Dalam facebook...ceita politik
Dalam rumah...cerita politik
Dalam mesjid...cerita politik
Jumpa ibu ayah....cerita politik.
Ditempat kerja...cerita politik,,
Seolah olah dalam hidupnya....politik politik politik....
Walhal dalam Islam merangkumi perbagai aspek dalam kehidupan...
Kehidupan berakhlak Islam
Kehidupan bertauhidkan Allah...
Kehidupan bersyariatkan Islam...
Kehidupan tolong menolong sesama insan...
Kehidupan menegakkan yang maaruf...
Kehdupan mencegah kemungkaran...
Kehidupan rumah tangga muslim...
Kehidupan menegakkan pemerintah Islam...
Kehidupan meningkat ekonomi Islam
Kehidupan meningkatkan ilmu Islam..
Kehidupan meningkatkan ilmu kedoktoran Islam
Kehidupan meningkatkan ilmu akitek Islam
Kehidupan meningkatkan ilmu akauntan Islam
Kehidupan meningkatan ilmu saintis Islam
Kehidupan meningkatan ilmu jurutera Islam
Kehidupan meningkat ilmu teknologi Islam
Kehidupan meningkatkan ilmu usahawan Islam
Kehidupan meningkatkan ilmu politik Islam
Kehidupan menegakkan keadilan..
Kehidupan meluaskan syiar Islam..
Kehidupan membersihkan hati dari sifat hubuddunia..
Kehidupan menjauhi dari sifat mazmumah...
Kehidpuan mengamalkan sifat mahmudah...
Kehidupan mengikis sifat hasad dengki...
Kehidupan menghampiri kepada Allah...
Kehidupan banyak mengingati akan mati...
Kehidupan dengan penuh zuhud..
Kehidupan dengan penuh ingatan kepada Allah
Dan banyak lagi dalam kehidupan yang kita perlu penuhi...selain politik..

Tuesday, January 15, 2013

21. SUKA RUMAH BESAR

Salam...

Sudah tentu kita suka rumah besar....
Suka rumah luas mata memandang..
Suka rumah yang cantik...
Suka rumah yang dapat melindungi kita dari hujan dan panas..
Suka rumah yang selesa dan tenteram...
Jika yang ada duit....tentu nak ubah suai agar lebih selesa...
Suka rumah yang boleh melelapkan mata...
Suka rumah yang tiada gangguan buruk dari jiran yang buruk perangai..
Suka rumah yang memelihara kita dari gangguan binatang bisa dan buas...
Suka rumah yang harum tanpa bau yang tidak selesa...
Akan tetapi kita harus ingat...
Apabila kita duduk dirumah yang besar, cantik dan luas...
Ingatlah habuan kita dikubur nanti...

Tentu kita tidak suka kubur yang sempit....
Tentu kita tidak suka kubur yang panas...
Tentu kita tidak suka kubur yang gelap gulita...
Tentu kita tidak suka kubur dipenuhi ular yang bisa...
Tentu kita tidak suka kubur menghimpit dada kanan ke dada kiri kita...
Tentu kita tidak suka disiksa ketika kita dikubur...
Tentu kita tidak suka kita tak boleh tidur...
Tentu kita tidak suka kita tak selesa...
Maka oleh itu...hisablah amalan kita...
Periksa dan telitilah amalan kita..
Hitung hitunglah amalan kita....ketika didunia....sebelum mati...


20. SIKIT SIKIT LAMA LAMA JADI BUKIT...

Assalamu'alaikum...

Kita pernah mendengar peribahasa Melayu mengatakan
Sikit sikit....lama lama jadi bukit..
Ia banyak mengaitkan kepada amalan menyimpan..
Jika sehari kita boleh menyimpan 5 ringgit..
Sebulan kita sudah ada 150 ringgit...setahun 1,800 ringgit...
10 tahun sudah ada simpanan 18,000 rgt
Lebih lebih lagi bagi orang yang merokok...
Jika 1 hari belanja RM10 untuk sekotak rokok...
Dalam masa 10 tahun beliau telah membakar duit sebanyak RM 36,000
Tentu orang merokok tak setuju dengan pendapat ini..
Tentu mereka akan beri pelbagai alasan...
Kerana pada perokok...wang itu adalah lebih rendah nilainya daripada rokok...
Rokok yang mereka hisap selama 10 tahun adalah terlalu bernilai dari wang RM36.000

Sebenarnya saya ingin membawa kepada amalan kita seharian...
Jika kita boleh istiqomah (tetap dan berterusan) walaupun dengan amalan yang sedikit...
Ia adalah baik untuk kita...
Walaupun sikit.....lama lama jadi bukit...
Contohnya...
Jika kita istiqomah membaca tasbih, tahmid dan tahlil  (subhanallah 33X, alhamdulillah 33X dan Allahuakbar 33X) setiap kali selepas solat....lihatlah terkumpulnya amalan kita selepas 1 tahun, selepas 5 tahun, selepas 10 tahun dan seterusnya...
Contohnya...
Jika dapat membaca satu surah Yaasin sekali setiap hari, contohnya selepas maghrib....lihatkan betapa banyak amalan kita terkumpul
Begitu jugalah...orang yang rajin menderma ke tabung mesjid atau surau walupun sedikit...tetapi berterusan...
ia akan dapat melihat amalannya diakhirat kelak...
Yang paling penting ialah keikhlasan dalam setiap amalan....

Dalam sebuah hadith Rasulullah saw bersabda...
“Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kita tidak perlu terkejar kejar dengan amalan yang banyak seperti menghatamkan  satu Quraan....dan selepas itu tidak lagi menyentuh Al-Quraan...
Biarlah amalan kita sedikit.....tetapi berterusan...:)

Monday, January 14, 2013

19. "GUMBIRA" TAPI TAK GEMBIRA

Salam...

Orang yang hidup didunia...satu hari pasti akan mati...
Satu hari pasti akan disoal dikubur..
Satu hari pasti akan berada dipadang masyar...
Orang yang mendapat kekayaan dengan cara salah...tentu dia gumbira kerana kekayaanya tapi dalam hatinya tetap gusar, cemas dan terasa takut menghadapi soalan bila mati nanti..
Gumbira lihat rumah besar.....tapi hasil tipuan..
Gumbira lihat kereta besar....tapi penuh dengan rasuah..
Gumbira lihat tanah luas....tapi hasil paksaan dan tipuan...
Begitu jugalah orang yang mengambil rasuah...gumbira tapi gusar...Rasa malu dengan Allah
Begitu jugalah orang yang menzalami orang lain....gumbira akan tetapi hati terasa cemas..
Samalah orang yang suka mengumpat....suka..tapi rasa tak tenteram
Samalah orang yang amalkan riba....suka dapat pinjaman...tapi tak tenteram dengan dosa
Samalah orang yang tak sembahyang...relaks, santai....tapi hati tak tenteram dengan dosa
Samalah orang yang penipu, pembohong....suka bila dapat imbuhan...tapi tak tenteram
Samalah suami yang dapat isteri cantik yang tak tutup aurat...."gumbira" dapat isteri cantik...tapi hati tak tenteram dan takut menjawab depan Allah nanti....
Begitu jugalah dengan orang yang berjudi...gumbira bila menang...tapi hati tak tenteram...gelisah..
Begitulah perempaun yang tak tutup aurat...."gumbira" bila dipuji orang...tapi rasa tak tenteram dengan dosa..
Samalah dengan orang yang suka buat pinjaman....pinjam tak bayar bayar.... amalan tergantung..rasa pun tak tenteram..
Begitu jugalah anak yang derhaka kepada ibu bapa...walaupun hidup senang...tapi hati tak tenteram dengan dosa...
Begitu jugalah orang yang mendapat hasil secara haram....walaupun nampak senang...tapi hati tak senang senang.....
Rasa malu dengan Allah...
Moga kita berusaha menjauhi segala dosa yang menyebabkan hati kita gelisah...tak tenteram...tak tenang..dan murung...

18. AMALAN MUDAH YANG SERING KITA LUPA..

Assalamu'alaikum..

Mungkin kita rasa malas untuk melakukan amalan sunat...
Mungkin kita terlalu sibuk dengan hal keduniaan sehingga terlupa melakukan amalan sunat..
Lebih lebih lagi solat sunat dhuha...
Akan tetapi kelebihannya terlalu banyak..
Mereka yang istiqamah akan dapat mengecapi dan merasai betapa banyak kelebihannya....

Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik (memberi) rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Moga kita rebut segala peluang yang ada sementara hidup didunia...mengejar balasan akhirat

Sunday, January 13, 2013

17. YANG KECIL DIPANDANG BESAR...

Assalamualaikum..

Dalam kehidupan kita seharian kita dapat melihat pelbagai reaksi manusia apabila menghadapi sesuatu keadaan...
Ada yang terlalu memandang besar dengan perkara perkara yang remeh dan kecil..
Umpamanya...
Seseorang yang gagal dalam temuduga sehingga menjadikan dia kemurungan berpanjangan..
Dia terlalu mengharap dan memandang besar dalam temuduga...

Atau seseorang yang gagal mendapat tempat di IPTA sehingga merajuk melanjutkan pelajaran lagi...

Atau seseorang yang putus cinta sehingga bertekad tidak mahu kahwin lagi..

Atau seseorang yang tidak dinaikkan pangkat...sehingga terus meletakkan jawatan..

Atau sesorang yang kehilangan wang....rasa menyesal tidak kesudahan..

Atau seorang isteri  yang menghidangkan makan untuk suami ..
sehingga terlupa menghidangkan sambal belacan kegemaran suaminya...
Menyebabkan melentinglah si suami sehingga menjadikan rumah tangga  tegang tanpa ketenangan..

Atau si suami pula terlupa nak beli kek hari jadi isteri......maka merajuklah si isteri berhari hari..

Atau si anak terjatuh pinggan atau gelas sehingga pecah berderai...
Maka menengkinglah si bapa dan meleterlah si ibu kepada anaknya yang menangis ketakutan...

Atau didalam satu majlis....seseorang yang ditugaskan terlupa meletakkan pasu bunga diatas pentas...maka melentinglah pengerusi majlis sehingga meninggikan suara dan marah marah dihadapan orang ramai..

Begitu juga dipejabat umpamanya...seorang boss memarahi stafnya sehingga menghempas fail diatas meja hanya kerana melakukan kesalahan kecil seperti mencetak  9 keping surat walhal yang dikehendaki bossnya ialah 10 keping.

Begitulah manusia...terlalu memandang besar dengan perkara perkara yang kecil yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan baik...

Sebaliknya....
Terlalu banyak perkara besar yang dipandang kecil oleh manusia...

Umpamanya...
Si ibu atau si bapa langsung tak menghiraukan samada anaknya yang dah akhir baligh solat atau tidak...
Walhal solat itu perkara besar....

Si bapa langsung tak kisah anak lelakinya yang bersubang ditelinga, berantai dileher...dan berambut  panjang perang
Walhal bersubang dan berantai adalah haram bagi lelaki...mewarnakan rambut adalah haram....

Si suami tak kisah samada si isteri menutup aurat ataupun tidak
Malah memuji isteri kelihatan cantik tanpa bertudung dimana mana majlis keraian.
Walhal menutup aurat itu perkara besar...

Si suami tak kisah isterinya menyanyi dikhalayak ramai...
Malah si suami memuji dan terasa megah apabila isterinya mendapat pingat nyanyian yang terbaik...
Walhal suara wanita dengan menyanyi mendayu dayu adalah aurat

Si bapa tak kisah samada anaknya membawa balik barang curian atau tidak...
Walhal mencuri itu perkara besar...

Si bapa atau si ibu tidak kisah anak perempuannya keluar malam bersama tunangnya...
Walhal seorang perempuan tidak boleh berdua duaan walaupun dengan tunangnya...
Ia perkara besar yang dilarang Islam

Si ayah tak kisah anaknya tidak berpuasa dibulan Ramadhan..
Walhal puasa ramadhan itu wajib bagi mereka yang mampu

Seorang boss memandang kecil anak buahnya mengambil rasuah...
Walhal rasuah itu perkara besar...

Seorang boss tak kisah majlis yang diraikan pejabat sehingga luput  waktu solat
Walhal solat itu perkara besar...

Seseorang yang duduk dikedai kopi, atau bermain facebook yang suka menaburkan berbagai fitnah..
menganggap fitnah itu hanya perkara kecil...
Walhal fitnah itu perkara besar...

Atau orang yang berhutang dengan seseorang atau dengan majikan atau dengan bank atau mana mana pertubuhan denga niat tidak mahu membayar dan menganggap ia perkara kecil...
Walhal hutang itu wajib dibayar dan ia perkara besar....

Atau seseorang yang bekerja dengan institusi riba dan tidak ada usaha untuk mencari jalan keluar atau altenatif bekerja ditempat lain dan menganggap ia hanya perkara kecil...
Walhal riba itu haram dan ia perkara besar....

Atau seseorang yang menipu "claim" perjalanan atau elaun pejabat dan menganggap ia perkara kecil...
Walhal menipu itu perkara besar....

Atau seseorang yang berpengetahuan agama yang memutar belitkan ayat al-quraan atau hadis kerana kepentingan dunia...
Memutar belitkan agama adalah perkara besar....


Dan terlalu banyak perkara perkara besar yang dipandang kecil manusia..
Moga kita memandang yang besar itu besar....
Yang kecil itu kecil.......





Saturday, January 12, 2013

16. BERAKIT RAKIT KEHULU.....

Assalamu'alaikum..

Ada perpatah Melayu mengatakan..
Berakit rakit kehulu..
Berenang renang ketepian..
Bersakit sakit dahulu..
Bersenang senang kemudian.

Pada umumnya maksud peribahasa itu ialah...
Menyuruh kita agar bersusah payah dahulu dalam mencari hal keduniaan...
Dan akhirnya kita akan mengecapi hidup senang didunia..
Akan tetapi jika kita lihat secara lebih mendalam peribahasa tersebut..
Ada yang tersirat disebalik apa yang tersurat...
Biarlah kita bersusah payah didunia...
Biarlah kita bersakit sakit didunia...
Untuk mencari kesenangan dihari kemudian (hari akhirat)
Untuk mendapat syurga diakhirat...

Begitulah dalam kehidupan harian kita..
Baki umur yang Allah kurniakan kepada kita..
Biarlah kita banyak menghabiskan masa dalam menimba ilmu..
Lebih lebih lagi ilmu agama,,,
Yang dapat menyuluh kita kepada jalan yang lurus...
Yang dapat menyuluh kita kepada jalan yang benar..
Biarlah kita bersakit sakit mengerjakan segala ibadah wajib atau sunat...
Walaupun nafsu kita memberontak menyuruh kita santai dan rehat...
Walaupun nafsu kita memberontak menyuruh kita bersenang lenang..
Biarlah kita bersakit sakit melakukan tawaf dan saei...
Walupun nafsu kita menginjak ginjak kita duduk beristirehat...
Biarlah kita bersakit sakit berjalan kemesjid untuk solat jemaah..
Walaupun nafsu kita meronta ronta agar solat sahaja dirumah..
Biarlah kita bersakit sakit duduk mendengar kuliah disurau dan mesjid
Walaupun nafsu teringin duduk rehat dirumah..
Biarlah mulut kita terasa sakit menyuruh yang maaruf...
Tapi jiwa kita tetap mahu menyuruh yang maaruf..
Biarlah lidah kita sakit dan berat melarang yang mungkar...
Tapi jiwa kita tetap mahu melarang yang mungkar...
Biarlah nafsu kita terasa sakit makan makanan yang sedikit...
Tapi jiwa kita merelakan..
Biarlah nafsu kita terasa sakit kerana kawan yang sedkit...
Tapi jiwa kita tetap mahu berkawan yang membawa jalan kebenaran..
Biarlah kita terasa sakit dan gaji yang sedikit...
Asalkan tidak tergadai maruah dan agama...
Biarlah tangan dan nafsu kita terasa sakit menghulurkan derma
Tapi jiwa kita tetap ingin menderma..
Biarlah tangan kita terasa sakit membuka lembaran Al-Quraan..
Tapi jiwa kita tetap mahu membaca lembaran Al-Quraan..
Biarlah kita terasa sakit sedikit didunia...
Agar mendapat kesenangan diAkhirat...






15. LIDAH YANG KECIL....

Assalamu'alaikum..

Allah kuniakan kita secebis daging yang terlalu banyak manafaatnya..
Daging yang dapat membezakan yang mana pahit dan yang mana manis..
Daging yang dapat membezakan yang mana pedas dan yang masa masin
Daging yang dapat membezakan yang mana masam dan yang mana payau
Daging yang dapat merasakan sejuk dan panas sebelum masuk ke mulut..
Daging yang dapat merasai kenikmatan makanan dan minuman..
Daging yang dapat mengecapi kelazatan makanan dan minuman..
Daging itu juga dapat bercakap, menyanyi dan mangaji...
Akan tetapi harus kita ingat..
Daging yang sekecil itu....
Daging yang selemah itu..
Dapat memasukkan manusia ke syurga.
Dan daging yang sekecil itu jugalah..
Boleh menjerumuskan manusia ke neraka..
Na'uzubillah...
Ada ketika seseorang yang banyak berdiam itu adalah lebih baik daripada manusia yang suka berbicara..
Berbicara dengan perkara sia sia...
Berbicara dengan perkara yang lagho'
Berbicara dengan perkara yang mengundang dosa..
Berbicara dengan meninggikan suara terhadap kedua ibu bapa..
Berbicara dengan mengherdek kedua ibu bapa..
Berbicara dengan menyebabkan syirik kepada Allah..
Berbicara dengan menghina Rasulullah saw..
Berbicara dengan menghina hukum Al-Quraan..
Berbicara dengan menghina sahabat sahabat baginda..
Berbicara dengan penuh umpatan,
Berbicara dengan penuh kejian dan cacian..
Berbicara dengan menabur berbagia fitnah...
Berbicara dengan angkuh dan sombong...
Berbicara dengan ria dan ujub..
Berbicara dengan penuh pembohongan...
Berbicara dengan ngilaian ketawa..
Berbicara dengan rasa terlalu kecintaan kepada dunia..
Berbicara yang mengundang dosa..
Berbicara yang menjerumuskan ke lobang neraka..

Ada ketika seseorang yang banyak bercakap itu membolehkan ia menerima pahala..
Berbicara dengan penuh nasihat agama...
Berbicara dengan ajakan kejalan lurus dan benar...
Berbicara dengan menjauhkan perkara mungkar dan maksiat..
Berbicara dengan mengajar fardhu ain dan kifayah..
Berbicara dengan penuh akhlak Islam..
Berbicara dengan ingatan kepada mati..
Berbicara dengan ingatan kepada akhirat...
Berbicara dengan memperingati dan memperbanyakkan menghisab amalan akhirat...
Berbicara agar menjauhi syirik kepada Allah...
Berbicara agar banyak mengikuti sunnah Rasulullah saw..
Ingatlah....satu ketika nanti lidah kita sudah tidak dapat berbicara lagi...
Maka perhatikan apa yang kita sedang perbicarakan.......

Sunday, January 6, 2013

14. LIHATLAH DGN MATA SEBENAR...

Salam..

Kita tentu pernah melihat betapa gempa bumi yang bergegar kuat
Kita tentu pernah melihat betapa angin puting beliung yang berputar hebat..
Kita tentu pernah melihat kemalangan berlaku yang amat dahsyat..
Kita tentu pernah melihat seorang ahli perniagaan yang berjaya dengan tiba tiba perniagaan nya jatuh merundum seperti kilat
Kita tentu pernah melihat seorang yang dahulunya kaya raya...kini hidup miskin melarat..
Kita tentu pernah melihat seorang yang dahulunya hidup miskin...kini hidup senang dan mewah berkat
Kita tentu pernah melihat manusia yang dahulunya disanjung ramai kini hidup terpinggir melarat...
Kita tentu pernah melihat manusia yang dahulunya dihina manusia...kini menjadi pemimpin yang disukai rakyat..
Kita tentu pernah melihat seorang anak yang dahulunya dimanjai ibu bapa kini menghamburkan kata kata kesat kepada ibu bapa kerana telah dibuai dengan pangkat dan darjat...
Kita tentu pernah melihat air naik mendadak menenggelamkan rumah dan kereta dek banjir kilat..
Kita tentu pernah melihat gunung berapi menghamburkan cairan lava panas berkilat kilat...
Kita tentu pernah melihat hujan terlalu lebat beserta kilat..
Kita tentu pernah melihat pemimpin yang dahulunya hebat tiba tiba      jatuh hingga melarat..
Kita tentu pernah melihat kebun yang dahulunya segar menghijau akhirnya menjadi kering kekuningan sehingga mati dibaham ulat..  
Jika kita melihat dengan mata kasar..
Pasti kita tidak nampak apa yang berlaku disebalik apa yang berlaku...
Lihatlah dengan mata hati..
Pasti kita nampak disebalik apa yang berlaku..
Pasti kita nampak terlalu banyak hikmah disebalik apa yang berlaku..
Pasti kita lihat betapa besar kekuasaan Allah...
Pasti kita merasakan kehadhiran Allah...
Pasti kita merasakan kewujudan Allah...
Pasti kita nampak kebesaran Allah
Pasti kita nampak keberkuasaan Allah



Friday, January 4, 2013

13. ADA HIKMAH..

Assalamu'alaikum...

Tiada siapa yang mahu hidup dalam kemiskinan..
Tiada siapa yang ingin jatuh sakit...
Tiada siapa yang mahu dirinya dikeji dan dihina manusia..
Tiada siapa yang mahu dirinya nampak hodoh..
Akan tetapi ada manusia yang memiliki jiwa yang kaya..walaupun ia jatuh miskin..
Akan tetapi ada manusia yang sentiasa mengingati Tuhan..ketika ia jatuh sakit..
Akan tetapi ada manusia yang diangkat martabatnya disisi Allah...ketika ia dihina oleh manusia
Akan tetapi ada manusia yang "berwajah" cantik dan berseri...walaupun dilihat hodoh oleh manusia..
Itulah hikmahnya miskin...
Itulah hikmahnya sakit...
Itulah hikmahnya dikeji manusia..
Itulah hikmahnya tidak memilki wajah yang cantik.
Menjadikan dia semakin hampir dengan Allah...
Menjadian dia semakin tunduk dengan Allah...
Menjadikan dia semakin taat kepada Allah..
Menjadikan hatinya sentiasa mengingati Allah..
Allah...
Allah..
Allah..

Wednesday, January 2, 2013

12. JAGA 3

Assalamualaikum..

Dalam hidup kita ini hendaklah kita menjaga 3 perkara yang amat penting..
1. Tauhid atau akidah
2. Syariat atau Feqah
3. Akhlak atau Tasauf.

Sekiranya kita menolak salah satu....maka sia sialah hidup kita didunia...
Lihatlah 3 senario yang berlaku diantara kita....

Senario 1
Mungkin ada antara kita..segi akidah...kita jaga betul betul agar jangan berlaku syirik kepada Allah.
Dari segi syariat pula kita jaga haram halal setiap perkara agar kita tidak jatuh kepada yang haram.
Malangnya segi akhlak...kita tidak berakhlak dengan ibu bapa kita.
Kita tengking tengking mereka dengan perkataan yang tak sepatutnya kita keluarkan...
Kita perlekehkan sahabat sahabat Rasulullah...
Kita ujub, sombong dan angkuh dengan ilmu dan kedudukan kita
Maka sia sialah amalan kita...dan hidup kita didunia

Senario 2
Mungkin ada antara kita pula yang sungguh berakhlak dengan ibu bapa...
Bercakap amat lemah lembut....
Penuh dengan sopan santun..
Setiap bulan tak miss bagi mak duit...
Segi syariat pula...jaga sungguh sungguh haram dan halal..
Keluar kemana sahaja menutup aurat...
Jaga makan dan minum yang halal..
Tapi malangnya segi akidah...tak terjaga..
Mulut senang senang sahaja keluarkan kata kata bahawa semua agama sama sahaja..
Mulut senang senang sahaja katakan "kalau Doktor tu takda...dah lama aku mati"..seolah olah Doktor yang memanjangkan umurnya..
Mulut senang senang sahaja marah dan benci pada hukum hudud..

Senario 3
Mungkin ada pula antara kita yang bagus dalam akidahnya...
Akhlaknya baik sesama manusia dan baik pula kepada ibu bapa..
Akan tetapi segi syariat...langsung tak mahu mematuhi...syariat Islam
Ambil wudu' lebih kurang sahaja...
Sembahyang kadang kadang...bermusim
Tutup aurat ikut musim...
Riba main langgar sahaja....asalkan dapat pinjaman..

Moga kita menjadi orang yang sentiasa mejaga akidah, syariat dan akhlak....

Friday, December 28, 2012

11. AMALAN MURAHKAN REZEKI


Assalamu'alaikum..

Mungkin selama ini hidup kita susah..dibebani pula dengan hutang dan berbagai masalah.

Harta kita selalu kecurian..rumah tangga sentiasa bergolak dalam kepanasan.
Hati kta sentiasa tak tenang dan bercelaru..Pagi hari sudah berserabut dengan berbagai masalah.
Kita harus hisab semula amlan kita...kita harus periksa semula amalan kita..
Apakah hati kita semakin jauh daripda Allah..?? Apakah amalan kita diredhai Allah...

Antara amalan-amalan yang boleh kita amalkan agar dimurahkan rezeki oleh Allah..:

1. Menyempatkan diri beribadah (Utamakan ibadah dari yang lain)
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyakan istighfar  (Memohon keampunan Allah)

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba didepan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki dan mengeraskan hati.... Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Hati sentiasa ingat Allah...sentiasa rasa adanya Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang adalah satu amalan yang baik..Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat kpd Rasulullah s.a.w.

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki.

9. Perbanyakan buat kebajikan.
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Mulakan berpagi-pagi dengan amalan baik dan soleh.. 
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
Sebab itu kita pernah lihat ada kedai kalangan orang bukan Islam sanggup bagi harga diskaun ketika mula-mula kedai dibuka  :)

11. Menjalin silaturrahim 
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi (menjalini silaturrahim) sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk 
Amalan ini nampak senang sahaja...tetapi payah nak kekalkan
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Suka bersedekah
Amalan ini payah bagi orang yang bakhil, taik hidung masin, tangkai jering..dan seumpamnya..:) tetapi mudah bagi orang yang yakin dengan Allah...
Sedekah mengundang rahmat Allah dan pintu rezeki Allah.. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (solat tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha 
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

Maksud doa selepas solat dhuha...
Ya Allah..sesungguhnya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, maka keluarkanlah,
jika sukar maka permudahkanlah, jika haram maka sucikanlah dan jika jauh maka dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


16. Bersyukur kepada Allah (Berterima kasih kpd Allah)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Surah Ibrahim: 7) 
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (surah Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran. (Mebiasakan lidah berzikir dan membaca Quraan)
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca (dan difahami makna ayat tersebut) secara istiqomah tujuh kali setiap kali lepas solat, insya Allah akan dilapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan insya Allah dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa bersungguh-sungguh
Jika boleh...biar sampai menanggis dan menitis air mata...
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Realitinya..kita lihat bagaimana bangsa Jepun yang rajin berusaha..sehingga ekonomi negara mereka mencapai tahap kecemerlangan...Bangsa bangsa lain yang tinggal dinegara kita...yang rajin berusaha..kini hidup dalam kesenangan.
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang TIDAK dicintaiNyaNya, tetapi agama hanya diberi Allah  kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakkal dan Bertakwa kpd Allah
Dengan takwa dan tawakkal, seseorang itu akan dipenuhi hatinya dengan merasai serba cukup dan dipenuhi kekayaan oleh Allah swt. Firman-Nya: “Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (Surah At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Mentaati segala suruhan Allah dan menjauhi segala larangan Allah. Amalan-amalan takwa yang mendapat keredhaan Allah...insya Allah...Allah akan limpahkan keluasan rezekiNya kepada setiap hambaNya..kerana Allah Maha Kaya..Maha Besar..Maha Pemberi Rezeki.......Maha Mengetahui

Wednesday, December 26, 2012

10. DENGKI

Assalamualaikum

Mari kita perhatikan dialog berikut yang biasa berlaku dalam masyarakat kita....

Dialog 1
"Milah...kau tengok tu..jiran kita tu..kejap kejap renovate rumah..kejap kejap renovate rumah...menyampah aku tengok..nye...anak anak dia pulak kete menjalar pulak sekor sekor...eeeee nak termuntah aku...berbulu mata aku ...mana ambik duit tuuu...jangan jangan mencuri ke hape!!!" sampuk Mak Timah pada si Milah.

Dialog 2
" Pian. aku betul betul tak puas hatilah...!!" sergah Hashim 
"Nape lak nie Shim..pagi pagi buta dah tension nie.." tanya Pian kehairanan
"Aku heranlah...nape si Usop tu boleh naik pangkat. Kalau nak ikut ijazah aku lagi baik pada dia...hampehhh betulll lah.....!!! berdengus Hashim tak puas hati..
"Sebab ko tak kuat kipasss..hahahha" jawab Pian selamba jer
"Pian...ko jangan nak gurau gurau....aku tengah panas nie....arghhhhh !!!!" Hashim kemarahan

Dialog 3
"Man...kedai makan depan kita tu makin maju nampak...kedai kita makin kurang orang..kedai kita kena bomoh ke Man??!!!"
"Alah boss...senang jer...kita bomohkan aje kedai tu...biar pelangan tak nampak  kedai dia!!" jawab Man memberi keyakinan pada boss dia..

Hasad dengki adalah datang dari bisikan syaitan yang membisik ke benak hati agar melakukan kezaliman pada orang yang didengkinya dan hati bercita cita agar orang yang didengki itu jatuh dan akan terasa puas apabila hasratnya sudah tercapai. Kita mohon agar Allah lindungi kita daripada manusia yang mempunyai perasaan dan hati yang kotor yang sentiasa memikirkan cara untuk menjatuhkan orang lain...

Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki"
Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi

Huraian
1. Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu.

2. Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam a.s hingga terkeluar daripada syurga dan kerana dengki juga maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil.

3. Seorang pujangga Arab pernah berkata: "Orang hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.

4. Dengki yang diharuskan dalam Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan ibadat dan yang seumpamanya.

Nama nama dalam dialog tiada kena mengena dengan sesiapa baik yang hidup mahupun yang telah mati...

Sunday, December 23, 2012

9 INSYA ALLAH



Assalamu'alaikum...

Kita pernah dengar dailog macam ini 

Dailog pertama..
"Mat..esok jangan lupa datang pukul 2 petang tau..ni hal penting" pesan Encik Kassim bersungguh sungguh.kepada anak buahnya Mat.
"Insya Allah Pak Ngah, saya akan datang esok" jawab Mat penuh yakin.
"Eh Mat...jangan insya Allah...insya Allah...ni penting ni untuk masa depan orang kampung !!!"

Dailog kedua..
"En Ali....esok pukul 3 ptg kita kena pergi ke Kelang kerana nak jumpa pembekal" pesan Hamidun kepada bossnya.
"Ok ok..thanks to remind me...esok 2.45 ptg I tunggu you kat lobi bawah..jangan lupa bawak fail syarikat kita" jawab En Ali selamba.

Salam..
Sudah menjadi kebiasaan dalam masyrakat kita...ada dikalangan kita jarang sangat menggunakan "Insya Allah" didalam urusan keduniaan yang melibatkan janji...
Kita tidak tahu apa yang akan terjadi sekejap lagi...
Kita tidak tahu apa yang akan terjadi malam ini..
Kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok..
Oleh sebab itulah kita disarankan mengucapkan "insya Allah" kerana hanya dengan izin Allah sesuatu perkara boleh berlaku...
Insya Allah adalah satu ungkapan kata kata yang kuat... dimana kata katanya bersandarkan izin Allah..
Jika Allah tak izin...pasti kita tidak dapat menunaikan hajat seseorang atau janji yang kita lafazkan..
Ramai orang menyalah gunakan insya Allah dengan anggapan ia adalah janji sedap dimulut sahaja...
Berkata insya Allah...tetapi dalam hati tiada niat dan tiada usaha kearah apa yang diucapkan... 

Islam telah mengajar kita adab-adab dalam berjanji. Antara adab-adab yang perlu diikuti itu ialah mngucapkan lafaz “insya Allah” apabila berjanji. 
Suruhan ini telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud

“Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, besok pagi” melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata) “Insya Allah” (jika dikehendaki Allah)”.
(Surah Al-Kahf: Ayat 23 dan 24)
Ayat yang disebutkan di atas turun ketika Rasulullah SAW ditanya oleh orang Quraisy tentang roh, Ashab Al-Kahf dan Dzu Al-Qarnain, maka Rasulullah SAW berjanji akan menjawabnya pada keesokan harinya (dengan janji secara pasti) dan mengharapkan Malaikat Jibril akan datang membawa wahyu. Hasilnya Jibril tidak datang sehingga lima belas hari lamanya. Kekesalan Baginda menantikan sehingga lima belas hari itu dapatlah difahami sebagai pengajaran supaya tidak mengikat janji secara pasti, tetapi hendaklah mengatakan “insya Allah”, kerana kekuasaan yang tertinggi adalah di tangan Allah. Hal tersebut memberatkan Rasulullah dan menyebabkan Baginda dituduh sebagai pembohong oleh orang-orang Quraisy. (Al-Qurtubi: 10/385, Ar-Razi: 21/92)


8.SENANG TAPI TAK SENANG



Assalamu'alaikum..

Islam tidak melarang kita mencari kesenangan...
Asalkan ia diperolehi secara halal...
Ramai dikalangan kita inginkan kesenangan..
"Siapa yang tak mahu senang" celah puan Aminah
Dengan sebab itulah kita bertungkus lumus mencari rezeki mencari kesenangan..
Ada yang belajar bersungguh sungguh agar senang cari kerja..
Agar senang naik pangkat...
Agar senang bergaji besar..
Agar senang berumah besar...
Ada yang berniaga siang malam nak mencari kesenangan...
Agar jualan meningkat..
Agar keuntungan bertambah..
Memanglah kalau dah ada duit  atau kalau dah berwang kita senang..
Senang nak berbelanja...
Senang nak makan sedap sedap...
Senang nak ikut apa sahaja kemahuan kita..
Akan tetapi ramai yang lupa bahawa walaupun kita dah hidup senang...
Kita masih tak senang senang...
Kerana terlalu sibuk..kita tak ada masa senang bersama isteri...
Kita tak ada masa senang bersama anak anak..
Kita tak ada masa senang solat jemaah dimesjid dan surau,,,
Kita tak ada masa senang menziarahi ibu bapa kita...
Kita tak ada masa senang mengikuti kuliah agama
Kita tak ada masa senang menziarahi orang sakit..
Kita tak ada masa senang membaca dan menghayati Al-Quraan
Kita tak ada masa senang membaca kitab agama...
Kita tak ada masa senang menghisab amalan kita
Kita tak ada masa senang memikirkan hari kematian kita..
Kita tak ada masa senang membuat persediaan selepas mati................

Saturday, December 22, 2012

7. MATI



Assalamu'alaikum..

Ketika kita lalu diperkuburan...ingatlah bahawa satu hari nanti kita juga akan menjadi penghuni kubur..
Mungkin 10 tahun lagi..
Mungkin 5 tahun lagi...
Mungkin 1 tahun lagi...
Mungkin 1 bulan lagi..
Mungkin 1 minggu lagi...
Mungkin 1 hari lagi atau
Mungkin 1 jam lagi...
Kita pernah mendapat berita bahawa saudara kita yang masih muda telah mati...
Mati tidak mengira umur...
Cuma biasanya orang yang lebih tua akan "pergi" dahulu...
Cuma kita perlu tanya diri kita...
Apakah persediaan aku untuk menghadapi mati..
Apakah aku benar benar telah bersedia???
Apakah aku masih bergelumang dengan dosa?
Apakah aku masih menangguh nangguh segala suruhan Allah...
Apakah aku telah mempelajari ilmu fardhu ain..??
Apakah aku berdosa kpd kedua orang tua aku??
Apakah aku terlibat dengan riba??
Apakah sembahyang ku diterima Allah?
Apakah aku benar benar mencintai sesama muslim??
Apakah aku benar benar bertuhankan Allah dalam hidup ku??
Apakah aku benar benar mencintai Rasulullah atau hanya cinta dibibir sahaja...??
Apakah aku benar benar berkitabkan Al-Quraan dalam hidup ku???




Thursday, December 20, 2012

6. MALAS

Salam..

Jika kita malas membaca Yaasin....satu hari orang akan bacakan Yaasin pada kita juga.

Jika kita malas baca Quraan....satu hari nanti orang akan bacakan Quraan juga..
Jika kita malu nak pakai tudung....satu hari nanti orang akan tudungkan kita dengan kain kafan juga..
Jika kita malas nak sembahyang...satu hari orang akan sembahyangkan kita juga...
Jika kita fobia dengar mati...satu hari kita akan mati juga..
Jika kita tak suka dengar cerita akhirat....satu hari nanti kita akan berada dialam akhirat juga..
Jika kita suka lakukan dosa...satu hari nanti dosa kita akan ditimbang juga diakhirat
Jika kita rasa terlalu kedekut....satu hari nanti kita akan tinggalkan segala wang simpanan juga
Jika kita tak suka tengok orang mesjid...satu hari nanti orang mesjid akan menyembahyangkan kita juga
Jika kita rasa muka kita cantik....satu hari muka kita akan kendur juga
Jika kita rasa kita kuat....satu hari nanti badan kita akan lemah juga..
Jika kita terlalu cintakan dunia...satu hari nanti kita akan meninggalkan dunia juga...

Tuesday, December 18, 2012

5. HUTANG



Assalamu'alaikum..

Semoga hari ini lebih baik dari semalam..
Mungkin kita terasa hidup kita dibebani dengan pelbagai hutang..
Hutang rumah..
Hutang kereta..
Hutang peribadi..
Hutang kad kredit..
Hutang dikedai..
Hutang dengan kawan
Hutang dipejabat..
Hutang main kutu... 
Hutang koperasi..

Kita perlu renung semula...kenapa kita dikelilingi dengan pelbagai hutang..
Mungkin kita berhutang dengan benda benda yang bukan keutamaan..
Berhutang dengan pembelian yang mahal mahal..
Mungkin rumah yang kita beli tidak sepadan dengan gaji kita..
Mungkin kereta yang kita beli terlalu mahal..bagi kita
Mungkin kad kredit...kita digunakan dengan benda yang tak berfaedah..
Kita tidak ukur baju dibadan sendiri...
Kita ukur baju dibadan orang..
Mungkin kita beli sesuatu bukan niat kerana Allah..
Kita niat nak menunjuk nunjuk..
Kita niat nak bermegah megah..
Oleh itu kita perlu kembali kepada Allah..
Kita perlu sucikan niat kita
Semata mata kerana Allah..

Yang paling utama..kita mengadu kepada Allah..
Kita berdoa dan bermunajat kpd Allah..agar kita tidak dibebani dengan hutang..
Berdoa kepada Allah agar jiwa kita tidak terbeban dengan hutang..
Berdoa bersungguh sungguh kepada Al-Khalik iaitu Allah Maha Pencipta..
Allah yang menjadikan kita..
Yakin sungguh sungguh bahawa Allah pasti memberi kita jalan keluar...
Yakin bahawa Allah memberi laluan mudah agar kita keluar dari pagar duri hutang..
Keluar dari penjara hutang...

Pada satu hari Rasulullah s.a.w. berasa hiba mendengar rintihan Abu Umamah yg hidup dalam kemiskinan dan banyak hutang.
Lalu Rasulullah berkata " "Mahukah kamu kuberikan beberapa kalimat dan mulakan dengan baik kepada setiap hari, nescaya Allah akan melenyapkan kegelisahan dan memberi kelonggaran kepadamu"
Kemudian Rasulullah s.a.w. mengajar doa dan terus diamalkan oleh Abu Humamah.

Doa bermaksud...
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia."
Moga kita sentiasa amalkan doa ini lebih lebih lagi setiap kali selepas solat..
Jauhilah dari segala larangan Allah dan patuhilah segala suruhan Allah...

Allah SWT telah berfirman: “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan memberi jalan keluar dan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka datangnya.” (Surah At-Talak: 2)
Ceriakan hidup anda .....ceria ceria selalu..............


Monday, December 17, 2012

4. HIKMAH



Assalamu'alaikum....

Ketika kita ditimpa musibah....

Ketika perniagaan kita jatuh...bagaikan buah nangka jatuh kebumi..
Ketika sakit yg deritai tak sembuh sembuh..
Ketika manusia yg kita cintai telah meninggalkan kita..
Ketika harta yang kita himpun musnah dengan sekelip mata..
Hati kita ketika itu mula ingat kpd Allah...
Mula kembali kepada fitrah..
Tangan kita yang rakus dengan dunia mula ringan menadah doa kpd Allah..
Kita mula memohon kpd Allah agar diringankan dari segala musibah..
Lidah kita yang dahulunya keras mula berzikir mengingati Allah swt..
Mata kita yang keras  mula mengeluarkan air mata..mengenangkan dosa yg lepas
Tangan kita berat mula memegang Al-Quraan..
Mula membelek belek setiap muka Al-Quraan..
Dahi kita yang mendongak langit...mula sujud kpd Allah..
Hati kita besar mula tunduk kpd Allah Yang Maha Berkuasa..
Hati kita yang keras dan ego mula jadi lembut....
Percakapan kita yang tinggi mula...merendah kerana tunduk kpd kekuasaan Allah..
Ketika itu kita dapat merasai...satu ketenangan..
Yang belum pernah kita rasai...
Yang tidak boleh dijual dibeli...
Kerana hati kita telah bertuhankan Allah..
Mata kita telah nampak kehebatan Allah..
Telinga kita telah mendengar kekuasaan Allah...
Barulah kita tahu,,,
Bahawa setiap musibah itu mempunyai banyak hikmah...
Lebih lebih lagi bagi hamba yang mula kembali kepada Allah...
Mula mendekati Allah..
Itulah yang paling berharga..
Tiada ternilai walaupun wang berjuta...