Assalamu'alaikum...
Kita pernah dengar dailog macam ini
Dailog pertama..
"Mat..esok jangan lupa datang pukul 2 petang tau..ni hal penting" pesan Encik Kassim bersungguh sungguh.kepada anak buahnya Mat.
"Insya Allah Pak Ngah, saya akan datang esok" jawab Mat penuh yakin.
"Eh Mat...jangan insya Allah...insya Allah...ni penting ni untuk masa depan orang kampung !!!"
Dailog kedua..
"En Ali....esok pukul 3 ptg kita kena pergi ke Kelang kerana nak jumpa pembekal" pesan Hamidun kepada bossnya.
"Ok ok..thanks to remind me...esok 2.45 ptg I tunggu you kat lobi bawah..jangan lupa bawak fail syarikat kita" jawab En Ali selamba.
Salam..
Sudah menjadi kebiasaan dalam masyrakat kita...ada dikalangan kita jarang sangat menggunakan "Insya Allah" didalam urusan keduniaan yang melibatkan janji...
Kita tidak tahu apa yang akan terjadi sekejap lagi...
Kita tidak tahu apa yang akan terjadi malam ini..
Kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok..
Oleh sebab itulah kita disarankan mengucapkan "insya Allah" kerana hanya dengan izin Allah sesuatu perkara boleh berlaku...
Insya Allah adalah satu ungkapan kata kata yang kuat... dimana kata katanya bersandarkan izin Allah..
Jika Allah tak izin...pasti kita tidak dapat menunaikan hajat seseorang atau janji yang kita lafazkan..
Ramai orang menyalah gunakan insya Allah dengan anggapan ia adalah janji sedap dimulut sahaja...
Berkata insya Allah...tetapi dalam hati tiada niat dan tiada usaha kearah apa yang diucapkan...
Islam telah mengajar kita adab-adab dalam berjanji. Antara adab-adab yang perlu diikuti itu ialah mngucapkan lafaz “insya Allah” apabila berjanji.
Suruhan ini telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud
“Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, besok pagi” melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata) “Insya Allah” (jika dikehendaki Allah)”.
(Surah Al-Kahf: Ayat 23 dan 24)
Ayat yang disebutkan di atas turun ketika Rasulullah SAW ditanya oleh orang Quraisy tentang roh, Ashab Al-Kahf dan Dzu Al-Qarnain, maka Rasulullah SAW berjanji akan menjawabnya pada keesokan harinya (dengan janji secara pasti) dan mengharapkan Malaikat Jibril akan datang membawa wahyu. Hasilnya Jibril tidak datang sehingga lima belas hari lamanya. Kekesalan Baginda menantikan sehingga lima belas hari itu dapatlah difahami sebagai pengajaran supaya tidak mengikat janji secara pasti, tetapi hendaklah mengatakan “insya Allah”, kerana kekuasaan yang tertinggi adalah di tangan Allah. Hal tersebut memberatkan Rasulullah dan menyebabkan Baginda dituduh sebagai pembohong oleh orang-orang Quraisy. (Al-Qurtubi: 10/385, Ar-Razi: 21/92)
No comments:
Post a Comment