Masjidil Haram

Masjidil Haram
Didalam Masjidil Haram....

Sunday, January 13, 2013

17. YANG KECIL DIPANDANG BESAR...

Assalamualaikum..

Dalam kehidupan kita seharian kita dapat melihat pelbagai reaksi manusia apabila menghadapi sesuatu keadaan...
Ada yang terlalu memandang besar dengan perkara perkara yang remeh dan kecil..
Umpamanya...
Seseorang yang gagal dalam temuduga sehingga menjadikan dia kemurungan berpanjangan..
Dia terlalu mengharap dan memandang besar dalam temuduga...

Atau seseorang yang gagal mendapat tempat di IPTA sehingga merajuk melanjutkan pelajaran lagi...

Atau seseorang yang putus cinta sehingga bertekad tidak mahu kahwin lagi..

Atau seseorang yang tidak dinaikkan pangkat...sehingga terus meletakkan jawatan..

Atau sesorang yang kehilangan wang....rasa menyesal tidak kesudahan..

Atau seorang isteri  yang menghidangkan makan untuk suami ..
sehingga terlupa menghidangkan sambal belacan kegemaran suaminya...
Menyebabkan melentinglah si suami sehingga menjadikan rumah tangga  tegang tanpa ketenangan..

Atau si suami pula terlupa nak beli kek hari jadi isteri......maka merajuklah si isteri berhari hari..

Atau si anak terjatuh pinggan atau gelas sehingga pecah berderai...
Maka menengkinglah si bapa dan meleterlah si ibu kepada anaknya yang menangis ketakutan...

Atau didalam satu majlis....seseorang yang ditugaskan terlupa meletakkan pasu bunga diatas pentas...maka melentinglah pengerusi majlis sehingga meninggikan suara dan marah marah dihadapan orang ramai..

Begitu juga dipejabat umpamanya...seorang boss memarahi stafnya sehingga menghempas fail diatas meja hanya kerana melakukan kesalahan kecil seperti mencetak  9 keping surat walhal yang dikehendaki bossnya ialah 10 keping.

Begitulah manusia...terlalu memandang besar dengan perkara perkara yang kecil yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan baik...

Sebaliknya....
Terlalu banyak perkara besar yang dipandang kecil oleh manusia...

Umpamanya...
Si ibu atau si bapa langsung tak menghiraukan samada anaknya yang dah akhir baligh solat atau tidak...
Walhal solat itu perkara besar....

Si bapa langsung tak kisah anak lelakinya yang bersubang ditelinga, berantai dileher...dan berambut  panjang perang
Walhal bersubang dan berantai adalah haram bagi lelaki...mewarnakan rambut adalah haram....

Si suami tak kisah samada si isteri menutup aurat ataupun tidak
Malah memuji isteri kelihatan cantik tanpa bertudung dimana mana majlis keraian.
Walhal menutup aurat itu perkara besar...

Si suami tak kisah isterinya menyanyi dikhalayak ramai...
Malah si suami memuji dan terasa megah apabila isterinya mendapat pingat nyanyian yang terbaik...
Walhal suara wanita dengan menyanyi mendayu dayu adalah aurat

Si bapa tak kisah samada anaknya membawa balik barang curian atau tidak...
Walhal mencuri itu perkara besar...

Si bapa atau si ibu tidak kisah anak perempuannya keluar malam bersama tunangnya...
Walhal seorang perempuan tidak boleh berdua duaan walaupun dengan tunangnya...
Ia perkara besar yang dilarang Islam

Si ayah tak kisah anaknya tidak berpuasa dibulan Ramadhan..
Walhal puasa ramadhan itu wajib bagi mereka yang mampu

Seorang boss memandang kecil anak buahnya mengambil rasuah...
Walhal rasuah itu perkara besar...

Seorang boss tak kisah majlis yang diraikan pejabat sehingga luput  waktu solat
Walhal solat itu perkara besar...

Seseorang yang duduk dikedai kopi, atau bermain facebook yang suka menaburkan berbagai fitnah..
menganggap fitnah itu hanya perkara kecil...
Walhal fitnah itu perkara besar...

Atau orang yang berhutang dengan seseorang atau dengan majikan atau dengan bank atau mana mana pertubuhan denga niat tidak mahu membayar dan menganggap ia perkara kecil...
Walhal hutang itu wajib dibayar dan ia perkara besar....

Atau seseorang yang bekerja dengan institusi riba dan tidak ada usaha untuk mencari jalan keluar atau altenatif bekerja ditempat lain dan menganggap ia hanya perkara kecil...
Walhal riba itu haram dan ia perkara besar....

Atau seseorang yang menipu "claim" perjalanan atau elaun pejabat dan menganggap ia perkara kecil...
Walhal menipu itu perkara besar....

Atau seseorang yang berpengetahuan agama yang memutar belitkan ayat al-quraan atau hadis kerana kepentingan dunia...
Memutar belitkan agama adalah perkara besar....


Dan terlalu banyak perkara perkara besar yang dipandang kecil manusia..
Moga kita memandang yang besar itu besar....
Yang kecil itu kecil.......





No comments:

Post a Comment