Masjidil Haram

Masjidil Haram
Didalam Masjidil Haram....

Wednesday, December 26, 2012

10. DENGKI

Assalamualaikum

Mari kita perhatikan dialog berikut yang biasa berlaku dalam masyarakat kita....

Dialog 1
"Milah...kau tengok tu..jiran kita tu..kejap kejap renovate rumah..kejap kejap renovate rumah...menyampah aku tengok..nye...anak anak dia pulak kete menjalar pulak sekor sekor...eeeee nak termuntah aku...berbulu mata aku ...mana ambik duit tuuu...jangan jangan mencuri ke hape!!!" sampuk Mak Timah pada si Milah.

Dialog 2
" Pian. aku betul betul tak puas hatilah...!!" sergah Hashim 
"Nape lak nie Shim..pagi pagi buta dah tension nie.." tanya Pian kehairanan
"Aku heranlah...nape si Usop tu boleh naik pangkat. Kalau nak ikut ijazah aku lagi baik pada dia...hampehhh betulll lah.....!!! berdengus Hashim tak puas hati..
"Sebab ko tak kuat kipasss..hahahha" jawab Pian selamba jer
"Pian...ko jangan nak gurau gurau....aku tengah panas nie....arghhhhh !!!!" Hashim kemarahan

Dialog 3
"Man...kedai makan depan kita tu makin maju nampak...kedai kita makin kurang orang..kedai kita kena bomoh ke Man??!!!"
"Alah boss...senang jer...kita bomohkan aje kedai tu...biar pelangan tak nampak  kedai dia!!" jawab Man memberi keyakinan pada boss dia..

Hasad dengki adalah datang dari bisikan syaitan yang membisik ke benak hati agar melakukan kezaliman pada orang yang didengkinya dan hati bercita cita agar orang yang didengki itu jatuh dan akan terasa puas apabila hasratnya sudah tercapai. Kita mohon agar Allah lindungi kita daripada manusia yang mempunyai perasaan dan hati yang kotor yang sentiasa memikirkan cara untuk menjatuhkan orang lain...

Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki"
Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi

Huraian
1. Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu.

2. Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam a.s hingga terkeluar daripada syurga dan kerana dengki juga maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil.

3. Seorang pujangga Arab pernah berkata: "Orang hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.

4. Dengki yang diharuskan dalam Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan ibadat dan yang seumpamanya.

Nama nama dalam dialog tiada kena mengena dengan sesiapa baik yang hidup mahupun yang telah mati...

No comments:

Post a Comment