Assalamualaikum..
Dalam hidup kita ini hendaklah kita menjaga 3 perkara yang amat penting..
1. Tauhid atau akidah
2. Syariat atau Feqah
3. Akhlak atau Tasauf.
Sekiranya kita menolak salah satu....maka sia sialah hidup kita didunia...
Lihatlah 3 senario yang berlaku diantara kita....
Senario 1
Mungkin ada antara kita..segi akidah...kita jaga betul betul agar jangan berlaku syirik kepada Allah.
Dari segi syariat pula kita jaga haram halal setiap perkara agar kita tidak jatuh kepada yang haram.
Malangnya segi akhlak...kita tidak berakhlak dengan ibu bapa kita.
Kita tengking tengking mereka dengan perkataan yang tak sepatutnya kita keluarkan...
Kita perlekehkan sahabat sahabat Rasulullah...
Kita ujub, sombong dan angkuh dengan ilmu dan kedudukan kita
Maka sia sialah amalan kita...dan hidup kita didunia
Senario 2
Mungkin ada antara kita pula yang sungguh berakhlak dengan ibu bapa...
Bercakap amat lemah lembut....
Penuh dengan sopan santun..
Setiap bulan tak miss bagi mak duit...
Segi syariat pula...jaga sungguh sungguh haram dan halal..
Keluar kemana sahaja menutup aurat...
Jaga makan dan minum yang halal..
Tapi malangnya segi akidah...tak terjaga..
Mulut senang senang sahaja keluarkan kata kata bahawa semua agama sama sahaja..
Mulut senang senang sahaja katakan "kalau Doktor tu takda...dah lama aku mati"..seolah olah Doktor yang memanjangkan umurnya..
Mulut senang senang sahaja marah dan benci pada hukum hudud..
Senario 3
Mungkin ada pula antara kita yang bagus dalam akidahnya...
Akhlaknya baik sesama manusia dan baik pula kepada ibu bapa..
Akan tetapi segi syariat...langsung tak mahu mematuhi...syariat Islam
Ambil wudu' lebih kurang sahaja...
Sembahyang kadang kadang...bermusim
Tutup aurat ikut musim...
Riba main langgar sahaja....asalkan dapat pinjaman..
Moga kita menjadi orang yang sentiasa mejaga akidah, syariat dan akhlak....
No comments:
Post a Comment