Assalamu'alaikum...
Kita pernah mendengar peribahasa Melayu mengatakan
Sikit sikit....lama lama jadi bukit..
Ia banyak mengaitkan kepada amalan menyimpan..
Jika sehari kita boleh menyimpan 5 ringgit..
Sebulan kita sudah ada 150 ringgit...setahun 1,800 ringgit...
10 tahun sudah ada simpanan 18,000 rgt
Lebih lebih lagi bagi orang yang merokok...
Jika 1 hari belanja RM10 untuk sekotak rokok...
Dalam masa 10 tahun beliau telah membakar duit sebanyak RM 36,000
Tentu orang merokok tak setuju dengan pendapat ini..
Tentu mereka akan beri pelbagai alasan...
Kerana pada perokok...wang itu adalah lebih rendah nilainya daripada rokok...
Rokok yang mereka hisap selama 10 tahun adalah terlalu bernilai dari wang RM36.000
Sebenarnya saya ingin membawa kepada amalan kita seharian...
Jika kita boleh istiqomah (tetap dan berterusan) walaupun dengan amalan yang sedikit...
Ia adalah baik untuk kita...
Walaupun sikit.....lama lama jadi bukit...
Contohnya...
Jika kita istiqomah membaca tasbih, tahmid dan tahlil (subhanallah 33X, alhamdulillah 33X dan Allahuakbar 33X) setiap kali selepas solat....lihatlah terkumpulnya amalan kita selepas 1 tahun, selepas 5 tahun, selepas 10 tahun dan seterusnya...
Contohnya...
Jika dapat membaca satu surah Yaasin sekali setiap hari, contohnya selepas maghrib....lihatkan betapa banyak amalan kita terkumpul
Begitu jugalah...orang yang rajin menderma ke tabung mesjid atau surau walupun sedikit...tetapi berterusan...
ia akan dapat melihat amalannya diakhirat kelak...
Yang paling penting ialah keikhlasan dalam setiap amalan....
Dalam sebuah hadith Rasulullah saw bersabda...
“Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kita tidak perlu terkejar kejar dengan amalan yang banyak seperti menghatamkan satu Quraan....dan selepas itu tidak lagi menyentuh Al-Quraan...
Biarlah amalan kita sedikit.....tetapi berterusan...:)
alhamdulilah,syukur dapat kumpul duit.
ReplyDelete