Masjidil Haram

Masjidil Haram
Didalam Masjidil Haram....

Tuesday, December 18, 2012

5. HUTANG



Assalamu'alaikum..

Semoga hari ini lebih baik dari semalam..
Mungkin kita terasa hidup kita dibebani dengan pelbagai hutang..
Hutang rumah..
Hutang kereta..
Hutang peribadi..
Hutang kad kredit..
Hutang dikedai..
Hutang dengan kawan
Hutang dipejabat..
Hutang main kutu... 
Hutang koperasi..

Kita perlu renung semula...kenapa kita dikelilingi dengan pelbagai hutang..
Mungkin kita berhutang dengan benda benda yang bukan keutamaan..
Berhutang dengan pembelian yang mahal mahal..
Mungkin rumah yang kita beli tidak sepadan dengan gaji kita..
Mungkin kereta yang kita beli terlalu mahal..bagi kita
Mungkin kad kredit...kita digunakan dengan benda yang tak berfaedah..
Kita tidak ukur baju dibadan sendiri...
Kita ukur baju dibadan orang..
Mungkin kita beli sesuatu bukan niat kerana Allah..
Kita niat nak menunjuk nunjuk..
Kita niat nak bermegah megah..
Oleh itu kita perlu kembali kepada Allah..
Kita perlu sucikan niat kita
Semata mata kerana Allah..

Yang paling utama..kita mengadu kepada Allah..
Kita berdoa dan bermunajat kpd Allah..agar kita tidak dibebani dengan hutang..
Berdoa kepada Allah agar jiwa kita tidak terbeban dengan hutang..
Berdoa bersungguh sungguh kepada Al-Khalik iaitu Allah Maha Pencipta..
Allah yang menjadikan kita..
Yakin sungguh sungguh bahawa Allah pasti memberi kita jalan keluar...
Yakin bahawa Allah memberi laluan mudah agar kita keluar dari pagar duri hutang..
Keluar dari penjara hutang...

Pada satu hari Rasulullah s.a.w. berasa hiba mendengar rintihan Abu Umamah yg hidup dalam kemiskinan dan banyak hutang.
Lalu Rasulullah berkata " "Mahukah kamu kuberikan beberapa kalimat dan mulakan dengan baik kepada setiap hari, nescaya Allah akan melenyapkan kegelisahan dan memberi kelonggaran kepadamu"
Kemudian Rasulullah s.a.w. mengajar doa dan terus diamalkan oleh Abu Humamah.

Doa bermaksud...
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia."
Moga kita sentiasa amalkan doa ini lebih lebih lagi setiap kali selepas solat..
Jauhilah dari segala larangan Allah dan patuhilah segala suruhan Allah...

Allah SWT telah berfirman: “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan memberi jalan keluar dan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka datangnya.” (Surah At-Talak: 2)
Ceriakan hidup anda .....ceria ceria selalu..............


No comments:

Post a Comment