Masjidil Haram

Masjidil Haram
Didalam Masjidil Haram....

Friday, December 28, 2012

11. AMALAN MURAHKAN REZEKI


Assalamu'alaikum..

Mungkin selama ini hidup kita susah..dibebani pula dengan hutang dan berbagai masalah.

Harta kita selalu kecurian..rumah tangga sentiasa bergolak dalam kepanasan.
Hati kta sentiasa tak tenang dan bercelaru..Pagi hari sudah berserabut dengan berbagai masalah.
Kita harus hisab semula amlan kita...kita harus periksa semula amalan kita..
Apakah hati kita semakin jauh daripda Allah..?? Apakah amalan kita diredhai Allah...

Antara amalan-amalan yang boleh kita amalkan agar dimurahkan rezeki oleh Allah..:

1. Menyempatkan diri beribadah (Utamakan ibadah dari yang lain)
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyakan istighfar  (Memohon keampunan Allah)

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba didepan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki dan mengeraskan hati.... Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Hati sentiasa ingat Allah...sentiasa rasa adanya Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang adalah satu amalan yang baik..Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat kpd Rasulullah s.a.w.

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki.

9. Perbanyakan buat kebajikan.
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Mulakan berpagi-pagi dengan amalan baik dan soleh.. 
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
Sebab itu kita pernah lihat ada kedai kalangan orang bukan Islam sanggup bagi harga diskaun ketika mula-mula kedai dibuka  :)

11. Menjalin silaturrahim 
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi (menjalini silaturrahim) sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk 
Amalan ini nampak senang sahaja...tetapi payah nak kekalkan
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Suka bersedekah
Amalan ini payah bagi orang yang bakhil, taik hidung masin, tangkai jering..dan seumpamnya..:) tetapi mudah bagi orang yang yakin dengan Allah...
Sedekah mengundang rahmat Allah dan pintu rezeki Allah.. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (solat tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha 
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

Maksud doa selepas solat dhuha...
Ya Allah..sesungguhnya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, maka keluarkanlah,
jika sukar maka permudahkanlah, jika haram maka sucikanlah dan jika jauh maka dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


16. Bersyukur kepada Allah (Berterima kasih kpd Allah)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Surah Ibrahim: 7) 
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (surah Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran. (Mebiasakan lidah berzikir dan membaca Quraan)
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca (dan difahami makna ayat tersebut) secara istiqomah tujuh kali setiap kali lepas solat, insya Allah akan dilapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan insya Allah dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa bersungguh-sungguh
Jika boleh...biar sampai menanggis dan menitis air mata...
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Realitinya..kita lihat bagaimana bangsa Jepun yang rajin berusaha..sehingga ekonomi negara mereka mencapai tahap kecemerlangan...Bangsa bangsa lain yang tinggal dinegara kita...yang rajin berusaha..kini hidup dalam kesenangan.
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang TIDAK dicintaiNyaNya, tetapi agama hanya diberi Allah  kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakkal dan Bertakwa kpd Allah
Dengan takwa dan tawakkal, seseorang itu akan dipenuhi hatinya dengan merasai serba cukup dan dipenuhi kekayaan oleh Allah swt. Firman-Nya: “Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (Surah At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Mentaati segala suruhan Allah dan menjauhi segala larangan Allah. Amalan-amalan takwa yang mendapat keredhaan Allah...insya Allah...Allah akan limpahkan keluasan rezekiNya kepada setiap hambaNya..kerana Allah Maha Kaya..Maha Besar..Maha Pemberi Rezeki.......Maha Mengetahui

Wednesday, December 26, 2012

10. DENGKI

Assalamualaikum

Mari kita perhatikan dialog berikut yang biasa berlaku dalam masyarakat kita....

Dialog 1
"Milah...kau tengok tu..jiran kita tu..kejap kejap renovate rumah..kejap kejap renovate rumah...menyampah aku tengok..nye...anak anak dia pulak kete menjalar pulak sekor sekor...eeeee nak termuntah aku...berbulu mata aku ...mana ambik duit tuuu...jangan jangan mencuri ke hape!!!" sampuk Mak Timah pada si Milah.

Dialog 2
" Pian. aku betul betul tak puas hatilah...!!" sergah Hashim 
"Nape lak nie Shim..pagi pagi buta dah tension nie.." tanya Pian kehairanan
"Aku heranlah...nape si Usop tu boleh naik pangkat. Kalau nak ikut ijazah aku lagi baik pada dia...hampehhh betulll lah.....!!! berdengus Hashim tak puas hati..
"Sebab ko tak kuat kipasss..hahahha" jawab Pian selamba jer
"Pian...ko jangan nak gurau gurau....aku tengah panas nie....arghhhhh !!!!" Hashim kemarahan

Dialog 3
"Man...kedai makan depan kita tu makin maju nampak...kedai kita makin kurang orang..kedai kita kena bomoh ke Man??!!!"
"Alah boss...senang jer...kita bomohkan aje kedai tu...biar pelangan tak nampak  kedai dia!!" jawab Man memberi keyakinan pada boss dia..

Hasad dengki adalah datang dari bisikan syaitan yang membisik ke benak hati agar melakukan kezaliman pada orang yang didengkinya dan hati bercita cita agar orang yang didengki itu jatuh dan akan terasa puas apabila hasratnya sudah tercapai. Kita mohon agar Allah lindungi kita daripada manusia yang mempunyai perasaan dan hati yang kotor yang sentiasa memikirkan cara untuk menjatuhkan orang lain...

Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki"
Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi

Huraian
1. Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu.

2. Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam a.s hingga terkeluar daripada syurga dan kerana dengki juga maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil.

3. Seorang pujangga Arab pernah berkata: "Orang hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.

4. Dengki yang diharuskan dalam Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan ibadat dan yang seumpamanya.

Nama nama dalam dialog tiada kena mengena dengan sesiapa baik yang hidup mahupun yang telah mati...

Sunday, December 23, 2012

9 INSYA ALLAH



Assalamu'alaikum...

Kita pernah dengar dailog macam ini 

Dailog pertama..
"Mat..esok jangan lupa datang pukul 2 petang tau..ni hal penting" pesan Encik Kassim bersungguh sungguh.kepada anak buahnya Mat.
"Insya Allah Pak Ngah, saya akan datang esok" jawab Mat penuh yakin.
"Eh Mat...jangan insya Allah...insya Allah...ni penting ni untuk masa depan orang kampung !!!"

Dailog kedua..
"En Ali....esok pukul 3 ptg kita kena pergi ke Kelang kerana nak jumpa pembekal" pesan Hamidun kepada bossnya.
"Ok ok..thanks to remind me...esok 2.45 ptg I tunggu you kat lobi bawah..jangan lupa bawak fail syarikat kita" jawab En Ali selamba.

Salam..
Sudah menjadi kebiasaan dalam masyrakat kita...ada dikalangan kita jarang sangat menggunakan "Insya Allah" didalam urusan keduniaan yang melibatkan janji...
Kita tidak tahu apa yang akan terjadi sekejap lagi...
Kita tidak tahu apa yang akan terjadi malam ini..
Kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok..
Oleh sebab itulah kita disarankan mengucapkan "insya Allah" kerana hanya dengan izin Allah sesuatu perkara boleh berlaku...
Insya Allah adalah satu ungkapan kata kata yang kuat... dimana kata katanya bersandarkan izin Allah..
Jika Allah tak izin...pasti kita tidak dapat menunaikan hajat seseorang atau janji yang kita lafazkan..
Ramai orang menyalah gunakan insya Allah dengan anggapan ia adalah janji sedap dimulut sahaja...
Berkata insya Allah...tetapi dalam hati tiada niat dan tiada usaha kearah apa yang diucapkan... 

Islam telah mengajar kita adab-adab dalam berjanji. Antara adab-adab yang perlu diikuti itu ialah mngucapkan lafaz “insya Allah” apabila berjanji. 
Suruhan ini telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud

“Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, besok pagi” melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata) “Insya Allah” (jika dikehendaki Allah)”.
(Surah Al-Kahf: Ayat 23 dan 24)
Ayat yang disebutkan di atas turun ketika Rasulullah SAW ditanya oleh orang Quraisy tentang roh, Ashab Al-Kahf dan Dzu Al-Qarnain, maka Rasulullah SAW berjanji akan menjawabnya pada keesokan harinya (dengan janji secara pasti) dan mengharapkan Malaikat Jibril akan datang membawa wahyu. Hasilnya Jibril tidak datang sehingga lima belas hari lamanya. Kekesalan Baginda menantikan sehingga lima belas hari itu dapatlah difahami sebagai pengajaran supaya tidak mengikat janji secara pasti, tetapi hendaklah mengatakan “insya Allah”, kerana kekuasaan yang tertinggi adalah di tangan Allah. Hal tersebut memberatkan Rasulullah dan menyebabkan Baginda dituduh sebagai pembohong oleh orang-orang Quraisy. (Al-Qurtubi: 10/385, Ar-Razi: 21/92)


8.SENANG TAPI TAK SENANG



Assalamu'alaikum..

Islam tidak melarang kita mencari kesenangan...
Asalkan ia diperolehi secara halal...
Ramai dikalangan kita inginkan kesenangan..
"Siapa yang tak mahu senang" celah puan Aminah
Dengan sebab itulah kita bertungkus lumus mencari rezeki mencari kesenangan..
Ada yang belajar bersungguh sungguh agar senang cari kerja..
Agar senang naik pangkat...
Agar senang bergaji besar..
Agar senang berumah besar...
Ada yang berniaga siang malam nak mencari kesenangan...
Agar jualan meningkat..
Agar keuntungan bertambah..
Memanglah kalau dah ada duit  atau kalau dah berwang kita senang..
Senang nak berbelanja...
Senang nak makan sedap sedap...
Senang nak ikut apa sahaja kemahuan kita..
Akan tetapi ramai yang lupa bahawa walaupun kita dah hidup senang...
Kita masih tak senang senang...
Kerana terlalu sibuk..kita tak ada masa senang bersama isteri...
Kita tak ada masa senang bersama anak anak..
Kita tak ada masa senang solat jemaah dimesjid dan surau,,,
Kita tak ada masa senang menziarahi ibu bapa kita...
Kita tak ada masa senang mengikuti kuliah agama
Kita tak ada masa senang menziarahi orang sakit..
Kita tak ada masa senang membaca dan menghayati Al-Quraan
Kita tak ada masa senang membaca kitab agama...
Kita tak ada masa senang menghisab amalan kita
Kita tak ada masa senang memikirkan hari kematian kita..
Kita tak ada masa senang membuat persediaan selepas mati................

Saturday, December 22, 2012

7. MATI



Assalamu'alaikum..

Ketika kita lalu diperkuburan...ingatlah bahawa satu hari nanti kita juga akan menjadi penghuni kubur..
Mungkin 10 tahun lagi..
Mungkin 5 tahun lagi...
Mungkin 1 tahun lagi...
Mungkin 1 bulan lagi..
Mungkin 1 minggu lagi...
Mungkin 1 hari lagi atau
Mungkin 1 jam lagi...
Kita pernah mendapat berita bahawa saudara kita yang masih muda telah mati...
Mati tidak mengira umur...
Cuma biasanya orang yang lebih tua akan "pergi" dahulu...
Cuma kita perlu tanya diri kita...
Apakah persediaan aku untuk menghadapi mati..
Apakah aku benar benar telah bersedia???
Apakah aku masih bergelumang dengan dosa?
Apakah aku masih menangguh nangguh segala suruhan Allah...
Apakah aku telah mempelajari ilmu fardhu ain..??
Apakah aku berdosa kpd kedua orang tua aku??
Apakah aku terlibat dengan riba??
Apakah sembahyang ku diterima Allah?
Apakah aku benar benar mencintai sesama muslim??
Apakah aku benar benar bertuhankan Allah dalam hidup ku??
Apakah aku benar benar mencintai Rasulullah atau hanya cinta dibibir sahaja...??
Apakah aku benar benar berkitabkan Al-Quraan dalam hidup ku???




Thursday, December 20, 2012

6. MALAS

Salam..

Jika kita malas membaca Yaasin....satu hari orang akan bacakan Yaasin pada kita juga.

Jika kita malas baca Quraan....satu hari nanti orang akan bacakan Quraan juga..
Jika kita malu nak pakai tudung....satu hari nanti orang akan tudungkan kita dengan kain kafan juga..
Jika kita malas nak sembahyang...satu hari orang akan sembahyangkan kita juga...
Jika kita fobia dengar mati...satu hari kita akan mati juga..
Jika kita tak suka dengar cerita akhirat....satu hari nanti kita akan berada dialam akhirat juga..
Jika kita suka lakukan dosa...satu hari nanti dosa kita akan ditimbang juga diakhirat
Jika kita rasa terlalu kedekut....satu hari nanti kita akan tinggalkan segala wang simpanan juga
Jika kita tak suka tengok orang mesjid...satu hari nanti orang mesjid akan menyembahyangkan kita juga
Jika kita rasa muka kita cantik....satu hari muka kita akan kendur juga
Jika kita rasa kita kuat....satu hari nanti badan kita akan lemah juga..
Jika kita terlalu cintakan dunia...satu hari nanti kita akan meninggalkan dunia juga...

Tuesday, December 18, 2012

5. HUTANG



Assalamu'alaikum..

Semoga hari ini lebih baik dari semalam..
Mungkin kita terasa hidup kita dibebani dengan pelbagai hutang..
Hutang rumah..
Hutang kereta..
Hutang peribadi..
Hutang kad kredit..
Hutang dikedai..
Hutang dengan kawan
Hutang dipejabat..
Hutang main kutu... 
Hutang koperasi..

Kita perlu renung semula...kenapa kita dikelilingi dengan pelbagai hutang..
Mungkin kita berhutang dengan benda benda yang bukan keutamaan..
Berhutang dengan pembelian yang mahal mahal..
Mungkin rumah yang kita beli tidak sepadan dengan gaji kita..
Mungkin kereta yang kita beli terlalu mahal..bagi kita
Mungkin kad kredit...kita digunakan dengan benda yang tak berfaedah..
Kita tidak ukur baju dibadan sendiri...
Kita ukur baju dibadan orang..
Mungkin kita beli sesuatu bukan niat kerana Allah..
Kita niat nak menunjuk nunjuk..
Kita niat nak bermegah megah..
Oleh itu kita perlu kembali kepada Allah..
Kita perlu sucikan niat kita
Semata mata kerana Allah..

Yang paling utama..kita mengadu kepada Allah..
Kita berdoa dan bermunajat kpd Allah..agar kita tidak dibebani dengan hutang..
Berdoa kepada Allah agar jiwa kita tidak terbeban dengan hutang..
Berdoa bersungguh sungguh kepada Al-Khalik iaitu Allah Maha Pencipta..
Allah yang menjadikan kita..
Yakin sungguh sungguh bahawa Allah pasti memberi kita jalan keluar...
Yakin bahawa Allah memberi laluan mudah agar kita keluar dari pagar duri hutang..
Keluar dari penjara hutang...

Pada satu hari Rasulullah s.a.w. berasa hiba mendengar rintihan Abu Umamah yg hidup dalam kemiskinan dan banyak hutang.
Lalu Rasulullah berkata " "Mahukah kamu kuberikan beberapa kalimat dan mulakan dengan baik kepada setiap hari, nescaya Allah akan melenyapkan kegelisahan dan memberi kelonggaran kepadamu"
Kemudian Rasulullah s.a.w. mengajar doa dan terus diamalkan oleh Abu Humamah.

Doa bermaksud...
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia."
Moga kita sentiasa amalkan doa ini lebih lebih lagi setiap kali selepas solat..
Jauhilah dari segala larangan Allah dan patuhilah segala suruhan Allah...

Allah SWT telah berfirman: “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan memberi jalan keluar dan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka datangnya.” (Surah At-Talak: 2)
Ceriakan hidup anda .....ceria ceria selalu..............


Monday, December 17, 2012

4. HIKMAH



Assalamu'alaikum....

Ketika kita ditimpa musibah....

Ketika perniagaan kita jatuh...bagaikan buah nangka jatuh kebumi..
Ketika sakit yg deritai tak sembuh sembuh..
Ketika manusia yg kita cintai telah meninggalkan kita..
Ketika harta yang kita himpun musnah dengan sekelip mata..
Hati kita ketika itu mula ingat kpd Allah...
Mula kembali kepada fitrah..
Tangan kita yang rakus dengan dunia mula ringan menadah doa kpd Allah..
Kita mula memohon kpd Allah agar diringankan dari segala musibah..
Lidah kita yang dahulunya keras mula berzikir mengingati Allah swt..
Mata kita yang keras  mula mengeluarkan air mata..mengenangkan dosa yg lepas
Tangan kita berat mula memegang Al-Quraan..
Mula membelek belek setiap muka Al-Quraan..
Dahi kita yang mendongak langit...mula sujud kpd Allah..
Hati kita besar mula tunduk kpd Allah Yang Maha Berkuasa..
Hati kita yang keras dan ego mula jadi lembut....
Percakapan kita yang tinggi mula...merendah kerana tunduk kpd kekuasaan Allah..
Ketika itu kita dapat merasai...satu ketenangan..
Yang belum pernah kita rasai...
Yang tidak boleh dijual dibeli...
Kerana hati kita telah bertuhankan Allah..
Mata kita telah nampak kehebatan Allah..
Telinga kita telah mendengar kekuasaan Allah...
Barulah kita tahu,,,
Bahawa setiap musibah itu mempunyai banyak hikmah...
Lebih lebih lagi bagi hamba yang mula kembali kepada Allah...
Mula mendekati Allah..
Itulah yang paling berharga..
Tiada ternilai walaupun wang berjuta...


3. NIKMAT


Salam sejahtera...

Mungkin kita tidak sedar bahawa kita sekarang berada dalam nikmat...

Iaitu nikmat hidup...
Allah masih beri kita nafas...
Allah masih beri kita nyawa..
Allah masih izinkan kita hirup oksijen Nya
Allah masih panjangkan umur kita..
Allah masih beri kita peluang untuk bertaubat dari segala dosa..
Orang yang telah mati sahaja.....tahu betapa besar nikmat hidup..
Lebih lebih lagi mereka yang mati dalam kekufuran..
Lebih lebih lagi mereka yang mati dalam membawa berbagai dosa..
Mereka mohon kpd Allah..."Ya Allah...kami telah melihat, kami telah mendengar, kembalikanlah kami kedunia....kami ingin lakukan amalan soleh...."

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Dan (alangkah ngerinya) jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, mereka berkata: Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ( ke dunia), kami akan mengerjakan amal soleh, Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin".
(As-Sajadah: 12).

Tetapi semuanya telah terlambat....
Bagi kita yang masih hidup....
Kita masih boleh memohon ampun kpd Allah..
Kita masih boleh bertaubat kpd Allah..
Kita masih boleh melakukan amalan soleh untuk bekalan akhirat...
Kita masih boleh bermaaf maafan sesama manusia..
Kita masih boleh berikhtiar melunaskan hutang...
Kita masih boleh menuntut ilmu... 
Kita masih boleh menambah amalan soleh....
Moga kita mati dalam iman....

2. ROUTINE



Assalamualaikum..

Kadang-kadang kita terasa seperti "routine" sahaja dalam ibadah kita..

Lebih-lebih lagi dalam solat...
Kita solat begitu sahaja dengan tak terasa apa apa..
Terasa hambar sahaja..lebih lebih lagi ketika kita jadi makmum dalam solat jemaah..
Kita rasa terbangun dari buaian kerana tiba-tiba imam telah memberi salam..
Kita tak terasa yang kita telah duduk tahiyat akhir dalam solat asar..
Ketika solat hati kita melayang entah kemana..
Fikiran kita terbang entah kemana..
Otak kita masih mengira-ngira keuntungan perniagaan kita..
Fikiran kita mencari cari barang yang hilang ketika solat....
Itulah kualiti solat kita sebenar..
Terlalu sedikit kita ingatkan Allah..
Terlalu sedikit kita ingatkan surah surah dan doa yang kita baca dalam sembahyang..
Seolah olah kita solat habis begitu sahaja..
Selesai solat..kita tidak berdoa bersungguh sungguh...
Kita tidak bermunajat bersungguh sungguh kpd Allah...
Kita tidak istighfar bersungguh sungguh kpd Allah...
Jarang kita menitis air mata...dengan dosa kita..
Kita tidak menghargai solat kita...
Kita tidak menghargai bahawa Allah telah beri kesempatan untuk kita solat..
Kita solat dengan rasa malas...
Kita buat dengan acuh tak acuh...
Itulah realiti kita dengan agama kita...
Itulah realiti bahawa kita tidak bersungguh sungguh dalam agama kita... 
Moga sedikit bicara hati ini memberi peringatan kpd kita semua lebih lebih lagi penulis...

Ceria ceria selalu...:)))

1. RASA 1 HARI SHJ HIDUP DIDUNIA...


Assalamua'laikum..

Moga kita sentiasa diberi taufik dan hidayah daripada Allah swt.

Moga kita diberi kesihatan agar dapat menambahkan lagi amalan baik didunia sebelum kita dijemput Allah dialam barzakh nanti.
Setiap kita adalah bakal  jenazah.
Kehidupan didunia hanyalah sementara sahaja..
Oleh itu janganlah terlalu mengejar dunia sehingga lupa akhirat..
Janganlah sampai kita menjadi "hubuddunia" iaitu terlalu cinta pada dunia..terlalu cinta pada harta
terlalu cinta pada kedudukan..terlalu cinta pada kemegahan dunia...terlalu suka pada kecantikkan..sehingga kita jadi hina diakhirat.
Jika hati kita sudah terlalu membesarkan dunia...tidak mungkin hati kita juga membesarkan akhirat.
Memanglah jika kita ada duit...kita akan senang..
Tetapi duit semata mata tidak membawa ketenangan..
Maka oleh itu...jika kita benar benar sayangkan Rsululullah..
Maka jika kita benar benar cinta pada Rasulullah..
Jika kita benar benar takut akan azab akhirat..
Maka sudah pasti kita menutup aurat...
Maka sudah pasti kita tidak berani tinggalkan solat..
Maka sudah pasti kita tidak berani lakukan dosa
Maka sudah pasti kita takut ambil rasuah..
Maka sudah pasti kita takut lakukan riba..
Sudah pasti kita takut mengumpat..
Sudah pasti kita takut menzalimi sesama manusia...

Allah bertanya: “Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?” Mereka menjawab: “Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung”. Allah berfirman: “Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui”
(Surah. Al-Mu’minuun ayat 112-114)

Kemudian Allah berfirman,
"Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu."
(Surah Al-Hajj ayat 47)

Moga ia menjadi renungan kita pada hari ini dalam "Bicara Hati".